Khamis, 22 Mac 2012

Update untuk UMRAH MAC 2012



Alhamdulillah, setelah lama blog ini dibiarkan ber'sarang', akhirnya ADMIN diberi kekuatan juga untuk meng'update' blog ni.

Setelah, pulang daripada menunaikan umrah pada 13 Mac yang lalu, ADMIN mengalami batuk+selsema=hampir demam, akhirnya hari ini ADMIN kembali menekan-nekan papan kekunci. Rasa hati nak update mengenai perjalanan umrah Mac lalu, tapi masa masih tak mengizinkan. Sikit-sikit mungkin boleh ^_^

Rombongan UMRAH MAC 2012 selamat tiba di Tanah Suci, Mekah Al-Mukarramah pada 2 Mac, 1.30 pagi. Alhamdulillah, atas kekuatan yang diberikan Allah s.w.t, para rombongan telah selamat menunaikan umrah yang pertama pada jam 4.30 pagi. Waktu itu tiada rasa letih yang menekan disebabkan kegharaihan menjadi tetamu Allah s.w.t mencengkam jiwa.

Cukup tak? heheheh...Insyaallah, bila berkesempatan nanti, ADMIN akan sambungkan lagi ye :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan