Tentang Ustaz

PENGALAMAN DALAM BERDAKWAH.
1) Semenjak menamatkan pengajian di Unversiti Al-Azhar dan Darul Ifta’ di Kaherah, Mesir pada 1997, saya terus berkecimpung di dalam medan da’wah. Memulakan da’wah di Kuala Lumpur. Antara kegiatan dan aktiviti da’wah di sana :

a. Mengendalikan kursus haji dan umrah di masjid-masjid serta surau-surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor.
b. Menyampaikan ceramah motovasi pelajar di sekolah-sekolah menengah dan rendah.
c. Menyampaikan kuliah serta tazkirah di masjid-masjid dan surau-surau di seluruh negara apabila dijemput untuk tujuan tersebut.
d. Menyampaikan kuliah serta tazkirah di pejabat-pejabat kerajaan dan swasta seperti:

1. Pusat Latihan Polis (PULAPOL) dan Bukit Aman.
2. Bank Islam, Maybank, Bank Pertanian dan lain-lain firma kewangan.
3. Petronas, Syarikat Penerbangan Malaysia(MAS), Sapura, Felda, JKR, TNB dan lain-lain.
4. Menyampaikan khutbah Jumaat di masjid-masjid di Wilayah Persekutuan dan Selangor Darul Ehsan.

2) Pada penghujung tahun 2000 m, dalam suasana Negara ghairah menyambut alaf baru, ketika itu timbul keinginan di dalam diri saya untuk membuat sesuatu bagi meluaskan skop da’wah, maka saya memulakan usaha untuk menubuhkan sebuah institusi da’wah bagi melahirkan para da’ie atau juru da’wah di Negara tercinta. Justeru itu, usaha-usaha penubuhan di jalankan. Alhamdulillah, pada Januari 2001 sempena menyambut alaf baru, maka Ma’had Adda’wah Al-Islamiyyah berjaya beroperasi.



Mendidik, mentarbiyah dan menjana keperibadian seseorang da’ie sebelum mereka bertugas ditengah-tengah masyarakat adalah suatu tugas yang amat penting. Selaku Institusi Da’wah, Ma’had Da’wah amat menitik beratkan keupayaan seseorang da’ie. Senjata utama mereka adalah ilmu kerana “العلم قوة “ (Ilmu Adalah Kuasa), maka Ma’had Da’wah dengan keikhlasan serta kegigihan dan semangat pengorbanan yang tinggi dari kalangan guru-guru dan pendidiknya telah berjaya melahirkan beberapa orang pelajar yang berjaya menyambung pengajian mereka di peringkat yang lebih tinggi seperti di Universiti Al-Azhar, Institut Pengajian Tinggi Islam Jakarta, Ma’had Adda’wah Wa Al-Lughoh di Bangil, Indonesia dan di Institut Bahasa Arab Sunan Ampel, Surabaya, Indonesia.




Usaha-usaha mencari tempat-tempat pengajian lain untuk kesinambungan pelajar-pelajar ma’had sedang dijalankan, antaranya di negara-negara Arab seperti Yaman, Jordan dan Syiria.
Antara kejayaan lain yang telah dicapai oleh Ma’had Adda’wah ialah menubuhkan Ma’had Adda’wah Perempuan ( معهد الدعوة الإسلامية للبنات ) dan telah memulakan operasi pembelajarannya pada awal tahun 2009 dan dirasmikan dengan sempurnanya oleh Tuan Guru Haji Hamzah bin Haji Jaafar ( Ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Pulau Pinang ) pada 9 Mac 2009 bersamaan 12 Rabiulawal 1430h sempena menyambut keputeraan Junjungan Besar, Muhammad .
Ma’had Adda’wah Perempuan ini beroperasi di sebuah bangunan tiga tingkat dan dewan besar yang menelan belanja sebanyak RM 2 juta. Ini semua adalah hasil dari sumbangan muslimin muslimat di seluruh negara di mana saya menyampaikan kuliah, ceramah, tazkirah dan khutbah Jumaat.
Moga-moga sumbangan mereka yang telah saya gunakan sebaik-baiknya untuk tujuan penyebaran ilmu dan da’wah dibalas dengan ganjaran pahala yang besar oleh Allah .

أمين يا رب العالمين


Demi memperlengkapkan lagi kerja-kerja da’wah ke arah melahirkan muslim yang bertaqwa dan remaja yang bertanggungjawab, maka saya rasa terpanggil untuk mendirikan penempatan warga emas dan sebuah kompleks bina remaja Islam.
Alhamdulillah, dengan lebihan sedikit dana selepas pembinaan Ma’had Adda’wah Al-Islamiyyah Perempuan, pada Ramadhan 2009 yang baru lalu, saya telah membeli sebidang tanah melalui Bank Syarikat Kerjasama. Tanah yang dimaksudkan adalah bersebelahan dengan Ma’had Perempuan. Pembayaran pembelian tanah tersebut telah selesai dibuat.
Kini projek pembinaan Rumah Warga Emas dan Kompleks Remaja Islam sedang dalam proses pembinaan. Projek ini yang akan diperlengkapkan dengan 15 unit penempatan warga emas, sebuah surau, dewan masak dan prasarana lain dijangkakan menelan belanja sebanyak RM 300 ribu.
Dari mana dana sebanyak ini akan diperolehi???
Jawapannya sudah pasti daripada usaha-usaha gigih tanpa jemu dan putus asa. Insyaallah saya dan pembantu-pembantu dari kalangan guru-guru Ma’had akan berusaha menemui seramai mungkin umat Islam untuk mengajak mereka turut mencurahkan bakti dan sumbangan mereka ke arah menjayakan dan menyiapkan pembinaan tersebut.
KEPADA ALLAH  JUA SAYA MEMOHON PERTOLONGAN SERTA BANTUAN.



Sebagai seorang insan yang lemah dan da’ie yang kerdil tetapi mempunyai cita-cita dan harapan yang besar untuk melihat sebuah kejayaan yang cemerlang bagi da’wah suci ini, saya amat mengharapkan bantuan dan pertolongan dari ramai ansharullah (pembantu-pembantu agama Allah).
Sejarah telah mencatatkan bahawa setiap orang nabi dan rasul kesemuanya mempunyai pembantu dan pendorong mereka. Siapakah pembantu dan penolong mereka???. Tidak lain dan tidak bukan pembantu dan penolong mereka adalah terdiri dari pencinta-pencinta Allah  , kekasih-kekasih Allah  dan nabi-nabi serta rasul-rasulNya.
Jika para nabi dan para rasul mempunyai pembantu dan penolong dari kalangan pencinta-pencinta dan kekasih-kekasih Allah , saya menyeru kepada seluruh muslimin muslimat untuk turut menurut contoh dan jejak langkah generasi terdahulu untuk menjadi pembantu-pembantu dan penolong-penolong agama Allah .
Moga Allah  merahmati seluruh umat Islam dan pembantu-pembantunya. امين يا رب العالمين...


USTAZ HAJI SUBRI BIN HAJI MD ARSHAD
441, PADANG MENORA,
13310 TASEK GELUGOR,
SEBERANG PERAI UTARA(SPU),
PULAU PINANG.



Ustaz Hj Subri boleh dihubungi melalui talian

1) 04-5731062
2) 019-4296690
3) 019-4776724

atau email : fitrah2011@gmail.com

Salurkan sumbangan anda untuk kerja-kerja dakwah demi mencari keredhaan Allah SWT ke :

akaun BANK ISLAM


Nama : Ma`had Adda`wah al-Islamiyyah
No Akaun : 07-016-02-034277-3 .

Anda juga boleh menyumbang melalui potongan zakat bulanan atau tahunan dan akan mendapat pelepasan cukai . Bersama-samalah kita bersama membantu ke arah kebaikan dan kemajuan ummah . Insya-Allah .