Khamis, 31 Mei 2012

Kenduri malam Jumaat ~ Bacaan Yasin

Juadah menanti tetamu Ma'had pada malam ni ( 31 Mei 2012) ^_^

Untitled

Pajeri

Untitled

Ikan Masin

Untitled

Ulam

Untitled

Sambal belacan

*Rugila sapa yang tak datang....

Selasa, 22 Mei 2012

Bermulanya Perjuangan Anak-anak Ma'had

Hari ini, 22 Mei 2012 sehingga 4 Jun 2012, para penuntut Ma'had Adda'wah Al'Islamiyyah menjalani imtihan (peperiksaan) pertengahan tahun. Doakan mereka sukses ^_^

DSC_0067

DSC_0064

Buat sementara waktu, nasyid, lawatan dan kenduri stop jap :)

Rabu, 16 Mei 2012

5.30 ptg, Khamis - Selalu petang-petang Rabu ni kawad, hari ni joging lak. Bagi kuat stamina, baru boleh jadi MUJAHIDEEN ^_^

IMG_2403

posing sebelum semput :)

IMG_2407

anta dok situ la!!!

IMG_2408

ke kanaaaannnn lurus!!

IMG_2410

regangan sikit..

IMG_2413

IMG_2418

okey, nak gerak dulu. Ilal liqa' ^_^

Selasa, 15 Mei 2012

sEnaMan MaLaM

Akibat tidur dalam kuliah..ketuk ketampi sampai pusinggg.. :) Sesi muhasabah selepas selesai ulangkaji malam. Ust Aizat bertugas malam ni, pakat-pakat rasa :-)

  DSC_0045

Khamis, 26 April 2012

Program Untuk Ramadhan 1433 H / 2012

Assalamualaikum w.b.t

Ma'had Adda'wah Al-Islamiyyah merupakan sebuah institusi pendidikan yang didirikan secara persendirian yg kini telah beroperasi selama hampir 12 tahun. Selama hampir 12 tahun ini, segala kos operasi Ma'had adalah hasil dari sumbangan orang ramai dan yuran pelajar semata-mata.

Dengan Ramadhan yang akan menjelang ini, pihak Ma'had telah melancarkan Program Membaca Al-Quran, Tahlil & Zikir yang dibuat khas sebagai sumbangan khas kepada yang tersayang yang telah meninggal dunia. Di samping itu juga, pihak Ma'had juga mengharapkan sumbangan daripada muslimin dan muslimat untuk melancarkan program ini serta untuk membekalkan juga duit raya kepada para penuntut Ma'had yang terilibat dan juga untuk guru-guru yang terlibat.

Duit raya ini adalah salah satu insentif untuk para guru yg bertungkus-lumus utk mengatur perjalanan Ma'had tanpa mengharapkan gaji yang tinggi. Maka, setahun sekali, pihak pengurusan Ma'had cuba sedaya-upaya untuk memberikan saguhati sebagai hadiah untuk pengorbanan mereka.

Untuk penyertaan dan makluman lanjut bolehlah merujuk kepada pamplate yg telah disertakan. Muslimin dan Muslimat juga boleh menghubungi saya untuk pertanyaan lanjut.

Yang benar,

(Ust Haji Subri Bin Hj Md Arshad)
Syeikhul Ma'had,
Ma'had Adda'wah Al-Islamiyyah,
441, PADANG MENORA,
13310 TASEK GELUGOR,
SEBERANG PERAI UTARA(SPU),
PULAU PINANG.

Tel: 019-4296690
www.ustazsubri.blogspot.com
facebook : Ustaz Subri Hj Md Arshad


1

2