Isnin, 31 Oktober 2011

Lawatan Ke Singapura

Pada 23 hb 10.2011 , saya bersama-sama Ustaz Hilmi dan Hj Jalil pergi ke Singapura untuk melakukan lawatan serta meninjau kegiatan dakwah di sana . Saya amat tertarik dengan kebersihan Masjid dan pertadbiran masjid di Singapura . Walaupun umat Islam di sana bilangannya sedikit tetapi mereka mempamirkan pengurusan masjid yang boleh di banggakan . Lihat contoh kebersihan salah satu Masjid yang tertua di Singapura ini . Saya berharap saya dapat menjejaki mereka dalam pengurusan Masjid dan kebersihan tandas kerana kebersihan itu sebahagian dari iman . Inilah yang akan saya lakukan kerana kami sekarang sedang dalam proses untuk menyiapkan tandas dan asrama untuk menempatkan jumlah pelajar yang akan meningkat jumlahnya untuk pendaftaran tahun 2012 nanti. Saya harap semua kita dapat mengambil iktibar daripada apa yang saya paparkan ini. Saya juga tidak lupa mengucapkan ribuan terimakasih kepada Ustaz Affandy kerana sudi menemani kami sepanjang lawatan tersebut . Mudah-mudahan Allah panjangkan usia beliau untuk memperjuangkan Ilmu al-quran di Singapura . (Ustaz Affandy adalah salah seorang anak murid Syeikh Mustafa Al halawani)





Tiada ulasan:

Catat Ulasan