Isnin, 5 Julai 2010

Apa yang dimaksudkan dengan Aqidah Ahlussunnah Wal Jamaah ?

Aqidah Ahlussunnah Wal Jamaah adalah aqidah yang diyakini dan dikerjakan oleh Rasulullah SAW bersama sahabat-sahabatnya . Ketika itu dikenali dengan Aqidah Islamiyyah . Manakala golongan Ahlus Sunnah Waljamaah adalah golongan yang berpegang dengan apa-apa yang diyakini dan dikerjakan oleh Rasulullah SAW bersama sahabat-sahabatnya .

Dasar mereka adalah sabda Rasulullah SAW yang berbunyi : `Alfirgoh Annajiah ( Golongan yang selamat dan akan masuk syurga adalah golongan yang berpegang dengan apa-apa yang Aku kerjakan bersama Sahabat-Sahabatku ` ) ( hadis Termizi dan Hakim )

Bila lahirnya nama Ahlussunnah Wal Jamaah ?

Di zaman Rasullulah SAW kaum Muslimin dikenal bersatu ,tiada golongan ini dan tidak ada golongan itu . Semuanya dibawah pimpinan Rasulullah SAW . Bila ada masalah atau berbeza pendapat antara para sahabat , mereka terus datang kepada Rasulullah SAW .Itulah sebab para sahabat tidak berpecah belah baik dalam masalah aqidah , mahupun urusan keduniaan . Setelah Rasulullah SAW wafat , benih-benih perpecahan mulai muncul dan kemuncaknya terjadi saat Imam Ali KW menjadi khalifah . Namun perpecahan tersebut hanya bersifat politik , sedangkan aqidah mereka tetap satu iaitu aqidah Islamiyyah . Benih-benih penyimpangan dalam aqidah sudah mula disebarkan oleh Ibni Saba`(Rawafid).
Setelah kewafatan para Sahabat , benih-benih perpecahan mulai membesar , sehingga timbullah fahaman yang bermacam-macam yang menyimpang dari ajaran Rasulullah SAW .

Ketika itu Muslimin terpecah kepada dua , satu bahagian dikenali sebagai golongan-golongan Ahli Bid`ah , atau kelompok serpihan dalam Islam seperti Mu`tazilah , Syiah dan Khawarij . Manakala bahagian yang satu lagi adalah golongan terbesar , iaitu golongan yang tetap berpegang teguh kepada apa-apa yang dikerjakan dan diyakini oleh Rasulullah SAW bersama Sahabat-Sahabatnya. Golongan yang terakhir inilah yang kemudian menamakan golongannya dan aqidahnya sebagai aqidah Ahlussunnah Waljamaah . Jadi golongan Ahlussunnah Wal Jamaah adalah golongan yang mengikuti sunnah-sunnah Nabi dan Jamaatus Shohabah . Hal ini sesuai dengan Hadis Nabi : Bahawa golongan yang selamat dan masuk surga (Alfirgoh Annajiah ) adalah golongan yang mengikuti apa-apa yang Rasulullah SAW kerjakan bersama Sahabat-Sahabatnya.

Dengan demikian aqidah Ahlussunnah Wal Jamaah adalah aqidah Islamiyyah yang dibawa oleh Rasulullah SAW dan golongan Ahlussunnah Wal Jamaah adalah umat Islam . Sedangkan golongan Ahli Bid`ah seperti Mu`tazilah , Syiah , Khawarij dan lain-lain adalah golongan yang menyimpang dari ajaran Rasulullah SAW yang bererti menyimpang dari ajaran Islam .

Dengan itu aqidah Ahlussunnah Wal jamaah itu sudah ada sebelum Allah mencipta Imam Ahmad RA , Imam Malik RA , Imam Syafie RA dan Imam Hambali RA . Begitu pula sebelum timbulnya Ahli Bid`ah atau sebelum timbulnya kelompok-kelompok serpihan .

Akhirnya yang perlu diperhatikan adalah , bahawa kita sepakat Ahlul Bait ( keturunan Nabi) adalah orang-orang yang mengikuti Sunnah Nabi SAW dan mereka tidak menyimpang dari ajaran Nabi. Mereka tidak dari golongan Ahli Bid`ah tetapi dari golongan Ahlussunnah .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan