Khamis, 15 Julai 2010

Adakah kamu merasa aman (dan tidak memikirkan), bahawa Allah akan menggempakan sebahagian dari daratan itu menimbus kamu ?






Gambar sebuah jurang yang besar di Guatemala berdekatan dengan rumah ditelan bumi


Terjemahan

Tuhan kamulah yang menjalankan untuk kamu kapal-kapal di laut, supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya; sesungguhnya Ia adalah Maha Mengasihani kepada kamu.

Dan apabila kamu terkena bahaya di laut, (pada saat itu) hilang lenyaplah (dari ingatan kamu) makhluk-makhluk yang kamu seru selain dari Allah; maka apabila Allah selamatkan kamu ke darat, kamu berpaling tadah (tidak mengingatiNya); dan memanglah manusia itu sentiasa kufur (akan nikmat-nikmat Allah).

Adakah kamu - (sesudah diselamatkan ke darat) - merasa aman (dan tidak memikirkan), bahawa Allah akan menggempakan sebahagian dari daratan itu menimbus kamu, atau dia akan menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; kemudian kamu tidak beroleh sesiapapun yang menjadi pelindung kamu?
(Surah Al-Isra` 66,67,68 )

Ayat Al-Quran ini ditujukan kepada mereka yang berpaling dari seruan Allah , bahawa mereka tidak akan selamat dari azab Allah di lautan atau pun di daratan . Allahlah yang meneggelamkan manusia di laut juga berkuasa meneggelamkan manusia di dataran (bumi).Peristiwa tenggelamnya manusia di muka bumi pernah terjadi kepada Qarun dan akan berlaku di setiap zaman dan tempat di muka bumi ini.
Berikut adalah salah satu peristiwa mengerikan bagaimana bumi menelan mangsanya , berlaku di Guatemala (sebuah negara yang terletak di benua Amerika Selatan) sepertimana yang disiarkan oleh CNN pada 23 februari 2007 dibawah tajuk
die after giant sinkhole swallows Guatemala homes

Kesimpulannya Allah Maha Kuasa menghancurkan siapa sahaja dikalangan hambanya di mana sahaja ,tak kira tempat atau zaman . Janganlah orang kafir itu atau orang yang ingkar itu merasa selamat jika mereka tidak kembali kepada Allah dan bertakwa kepadaNya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan