Jumaat, 2 April 2010

Tazkirah Ringkas


Pada malam ini tazkirah selepas bacaan Yassin disampaikan oleh Ustaz Muhammad Hilmi Hj Ahmad menggantikan Ustaz Hj Subri Md Arshad yang berada di Mekah kerana menunaikan ibadat umrah. Ustaz Hilmi membacakan beberapa doa yang sering dibacakan oleh Rasulullah semasa hidupnya . Antaranya doa : Ya Allah ! Aku memohon keselamatan daripada api neraka pada hari dibangkitkan hambamu .
Rasulullah seolah-olah membayangkan neraka tersebut didepan matanya . Tidak berlalu saat , melainkan Rasulluh berdoa supaya dijauhkan dari azab api neraka. Jika diperhatikan bahawa kebahagian yang hakiki adalah apabila seseorang itu terlepas dari azab neraka kerana ia merupakan kehidupan yang hakiki. Oleh itu berusahalah untuk mengikuti jejak langkah Rasululah dalam kehidupan kita.

Ustaz Muhammad Hilmi merupakan lulusan Universiti Al-Azhar , fakulti Usuluddin , bidang Tafsir . Berguru Al-Quran dengan Sheikh Mustafa Halawani dan Hadis dengan Sheikh Saad Jawish . Boleh dihubungi melalui 019-4776726 @ email fitrah2011@gmail.com .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan