Isnin, 5 April 2010

Suasana Meriah selepas Majlis Ilmu


Setiap hari Khamis mlm jumaat merupakan antara malam-malam yang diberkati Allah . Mengambil sempena malam tersebut Ma`had Adda`wah Al-Islamiyyah telah sepuluh tahun menganjurkan majlis Ta`lim ( majlis ilmu ) dan majlis bacaan Yassin untuk umat Islam disekitar Padang Menora dan lain-lain tempat untuk mengambil berkat dan majlis tersebut dipimpin oleh Ustaz Hj Subri bin Hj Md Arshad. Kehadiran amat memberansangkan ditambah pula dengan kemurahan para pengunjung yang selalu mengadakan kenduri kesyukuran di situ. Oleh itu kami pihak pengurusan mengalu-alukan kehadiran umat Islam untuk memenuhi surau tersebut supaya kita sama-sama dapat membangunkan agama Allah. Sekiranya muslimin & muslimat ingin menyumbang untuk majlis tersebut bolehlah menghubungi Ustaz Hj Subri 019 -4296690 @ Ustaz Muhammad Hilmi 019-4776724 . Kami sentasa mengalu-alukan kehadiran anda semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan