Isnin, 12 April 2010

Sumbangan Tabung Kebajikan & Dakwah Al-Busyra



Saya telah mengarahkan Ustaz Muhammad Hilmi untuk menziarahi salah seorang ahli jamaah kita ( Hj Ayob )yang sedang terlantar sakit di rumah.Saya difahamkan beliau sedang mengidap penyakit buah pinggang dan gout . Saya sehingga saat ini masih tidak dapat menziarahi beliau kerana perlu berehat untuk melakukan sedikit pembedahan. Sedikit sumbangan daripada Tabung Kebajikan & Dakwah Al-Busyra kami hulurkan untuk meringankan beban beliau . Mudah-mudahan Allah akan menyembuhkan sakit beliau dan dapat kembali sihat dan cergas mengikuti ceramah majlis ilmu. Kepada sesiapa yang mengenali beliau bolehlah menziarahi beliau dirumahnya di Tasek Gelugor(013 4351343 ) ,atau yang ingin menyampaikan sumbangan bolehlah menghubungi Ustaz Muhammad Hilmi di no 019-4776724 . Bertolong-tolonglah kamu dalam kebaikkan dan taqwa , dan janganlah kamu bertolong-tolong dalam kejahatan dan mungkar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan