Isnin, 12 April 2010

Kembali dari menunaikan Umrah


10.04.2010 , saya dan rombongan selamat mendarat dilapangan terbang Bayan Lepas selepas menunaikan umrah selama 13 hari . Saya amat terharu kerana dapat menjejakkan kaki di bumi tercinta . Keesokan harinya saya terus memanggil Ustaz Muhammad Hilmi untuk mendapat penjelasan perkembangan terbaru perjalanan Ma`had Adda`wah Al-Islamiyyah sepanjang pemergian saya. Alhamdulillah semuanya berjalan seperti yang dirancang. Untuk makluman saya masih tidak dapat meneruskan ceramah seperti yang dijadualkan kerana terpaksa menjalani pembedahan di hospital Seberang Jaya. Saya akan memaparkan info terbaru untuk tatapan semua berkenaan kesihatan diri saya. Doakan mudah-mudahan pembedahan kecil tersebut berjaya dan saya cepat sembuh untuk meneruskan jadual kuliah saya yang padat tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan