Isnin, 22 Mac 2010

Tazkirah Ringkas Malam Jumaat




Tazkirah ini disampaikan oleh Ustaz Hj Subri Md Arshad pada 18 mac 2010 di surau Ma`had Adda`wah Al-Islamiyyah Padang Menora. Pada malam tersebut Ustaz Hj Subri Md Arshad membacakan beberapa hadis antaranya , berhubung dengan galakan supaya kita menjadi gudang kebaikkan dalam kehidupan di dunia ini. Buatlah sebanyak mungkin kebaikkan dan jadilah pendorong kepada tercetusnya kebaikkan dalam kehidupan kita di dunia ini . Insya Allah kita akan memperolehi manafaat di dunia dan akhirat. Kita juga kena berhati-hati dengan dosa-dosa yang kecil ( maksudnya yang kita pandang remeh ) kerana ia akan berkumpul dan menjadi besar dan akan membinasakan seseorang ke dalam api neraka . Kuliyyah ini begitu menarik kerana berjaya menarik lebih 600 orang untuk memenuhi surau tersebut. Muslimin & muslimat dijemput hadir beramai-ramai setiap hari khamis malam jumaat untuk membaca yassin diikuti oleh tazkirah ringkas oleh Ustaz Hj Subri .

1 ulasan:

  1. Semoga ustaz sentiasa dilindungi dan dipelihara oleh Allah dalam menjalankan aktiviti dakwah

    BalasPadam