Isnin, 22 Mac 2010

Khutbah Maulidurrasul 1431 H



Khutbah Maulidurrasul 1431 H / 2010 ini disampaikan oleh Ustaz Hj Subri Md Arshad di Masjid negeri P.Pinang pada 26.2.2010 / bersamaan 12 Rabiul Awal 1431H .Ustaz Hj Subri membuka lembaran tahun baru Islam dengan menyeru seluruh umat Islam supaya meningkatkan ketaqwaan kepada Allah dan menjauhi segala bentuk maksiat , mudah-mudahan kita beroleh pimpinan daripada Allah . Ustaz juga menyentuh tentang pentingnya perpaduan yang menjadi teras kepada kejayaan umat Islam . Tidak ada jalan lain untuk mengecap kegemilangan melainkan dengan kembali kepada sunnah Rasulullah dalam menjalani kehidupan. Ustaz Hj Subri merupakan Tokoh Pendakwah Ma`al Hijrah negeri Pulau Pinang tahun 1431H / 2010 .