Ahad, 17 Julai 2011

Malam Nisfu Sya'ban di Ma'had

Pada hari Sabtu, 16 Julai 2011 bersamaan dengan 14 Sya'ban 1432 yang lalu, Ma'had Adda'wah telah mengadakan sambutan Nisfu Sya'ban.Majlis dimulakan dengan solat Maghrib secara berjemaah dan diteruskan dengan bacaan yasin. Para hadirin juga turut diminta bersama-sama menasyidkan Asma'ul Husna, Lagu Ma'had dan Doa Tilawah Al-Quran. Sebelum menyempurnakan solat Isya, telah didirikan solat Sunat Hajat yang diimami oleh Al-Fadzil Ust Hj. Subri bin Hj Md Arsyad, Syeikhul Ma'had Adda'wah Al-Islamiyyah. Anggaran kehadiran pada malam tersebut ialah diantara 600 hingga ke 700 orang tetamu. Moga Allah memberi rahmat dan kasih-sayangNya buat Ma'had dan para tetamu yang mengimarahkannya.

**Video di bawah







Tiada ulasan:

Catat Ulasan