Ahad, 19 Disember 2010

KEM BINA GENERASI AL-QURAN

Alhamdulillah, akhirnya Kem Bina Generasi Al-Quran siri 1 yang dianjurkan oleh Ma'had Adda'wah Al-Islamiyyah berakhir dengan jayanya sekali.Program yang bermula pada 5 Dis 2010 sehingga 19 Dis 2010 mendapat respon yang amat positif daripada pihak waris dan peserta sendiri.



Kem ini adalah bertujuan untuk mendidik para peserta agar mementingkan kemuliaan akhlak dalam kehidupan. Mereka juga didedahkan dengan kaedah penghafalan Al-Quran serta mengenai darjat kemuliaan yang diberikan Allah kepada para huffaz bagi melahirkan minat mereka terhadap Al-Quran..



Mereka juga diberi terapi khas bagi membantu mereka untuk membuang sikap-sikap mereka sebelum ini agar mereka berasa lebih yakin untuk berubah dan agar mereka berubah di atas kesedaran diri mereka sendiri.






Nantikan post seterusnya mengenai maklum balas dari para peserta kem..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan