Selasa, 5 Oktober 2010

Pembelian tanah baru

Pada bulan Ramadhan yang lepas saya selaku Mudir Ma`had mendapat ilham untuk meluaskan fungsi dan kegiatan Ma`had . Secara kebetulan saya merasakan pihak ma`had perlu membeli dan menyelamatkan tanah-tanah umat Islam daripada jatuh ke tangan orang asing. Saya membisikkan perkara tersebut kepada setiausaha saya Ustaz Muhammad Hilmi Hj Ahmad ketika kami sama-sama meninjau sebuah pondok pengajian di Medan Indonesia . Ustaz Muhammad Hilmi juga menyatakan persetujuan tersebut setelah melihat kejayaan Pondok Ar-Roudatul Hasanah menyelamatkan tanah umat Islam dan sanggup membeli tanah yang kecil walaupun ditawarkan harga yang berlipat kali ganda untuk pembesaran pusat pengajian dan kegiatan dakwah. Akhirnya setelah pulang ke Malaysia saya terus menghubungi tuan tanah dan persetujuan telah dicapai untuk proses pembelian tersebut disegerakan .Perundingan demi perundingan berlaku sehinggalah tuan tanah bersetuju menjual tanah tersebut dengan harga RM 430,000 . Sebanyak RM 150 000 telah dijelaskan oleh pihak Ma`had semasa proses pembelian tersebut. Malah apa yang menggembirakan saya tuan tanah sanggup memberi tempoh selama dua tahun untuk pihak Ma`had mencari dana bagi membayar keseluruhan harga tersebut kerana dia juga berhasrat untuk membantu Ma`had mengembangkan operasi dakwahnya.


Pemandangan kawasan yang telah dibeli ( Keluasan 3.4 ekar )


Pemandangan kawasan yang telah dibeli


Ustaz Haji Subri dan Ustaz Luqman bergambar bersama pekerja ma'had sewaktu memantau kerja-kerja memasang papan tanda hak milik tanah


Ustaz Haji Subri bersama salah seorang pekerja yang melakukan kerja-kerja pemasangan papan tanda hak milik tanah

Menjadi harapan saya seluruh umat Islam yang mengenali saya atau tidak dapat membantu menyalurkan dana untuk menyelesaikan pembayaran harga tanah yang berbaki tersebut sebelum tempohnya untuk menjadikan tanah tersebut sebagai tanah wakaf milik umat islam . Untuk sebarang sumbangan bagi membantu menjelaskan bayaran yang berbaki dan untuk kerja-kerja membangunkan tanah tersebut bolehlah dimasukkan ke akaun ma'had iaitu:

BANK ISLAM

Nama : Ma`had Adda`wah Al-Islamiyyah
No Akaun : 07-016-02-034277-3

atau melalui cek di atas nama :

Ma`had Adda`wah Al-Islamiyyah

Di mana Bumi Yang anda pijak anda bertanggungjawab terhadap agama ini.Bantulah mereka yang membantu agama Allah , anda pasti dibantu Allah.

1 ulasan:

  1. Salam alaik..

    Boleh saya tahu dimana lokasi pembelian tanah ini?? Moga Allah membantu hamba2 nya yang membantu tegakkan agamanya.

    BalasPadam