Selasa, 10 Ogos 2010

Selamat Menyambut Ramadhan Mubarak


Sebentar tadi saya baru sahaja selesai mendirikan solat sunat Tarawih secara berjamaah bersama pelajar dan penduduk setempat yang tidak putus-putus datang ke surau Ma`had Adda`wah Al-Islamiyyah.Saya dapat merasai bahawa tahun ini kemeriahan Ramadhan lebih terasa berbanding tahun-tahun yang lepas.Bermula dari bulan rejab saya sudah mempromosi bulan ramadhan dalam ceramah-ceramah saya melalui doa nabi Ya!Allah berkatilah kami dalam bulan rejab dan syaban serta pertemukanlah kami dengan bulan ramadhan. Selama hampir dua bulan saya membacakan doa tersebut dan akhirnya Allah pertemukan kita dengan bulan yang mulia tersebut.Alangkah gembiranya hati saya kerana kami dapat menyempurnakan solat tarawikh serta dapat membaca surah yassin sebagai muqaddimah bacaan quran pada malam yang mulia ini.Rasulullah bersabda yang bermaksud bahawa sesiapa yang membuka bulan ramadhan dengan melakukan kejahatan yang diharamkan oleh Allah seperti minum arak ,melakukan zina ,dan sebagainya maka Allah tidak akan menerimanya pada bulan tersebut.Malah dia dilaknat oleh Allah dan malaikat yang berada di tujuh petala langit sehingga ramadhan yang akan datang.Sekiranya dia meninggal dunia di antara dua ramadhan tersebut,maka tiada baginya sebarang kebajikan di sisi Allah.Oleh itu marilah kita memuji Allah yang telah menganugerahkan Islam ,agama pendidik jiwa ,pembersih hati dan pemberi kebahagiaan dunia dan akhirat kepada hamba-hambanya .Didalamnya tersusun rapi ibadah-ibadah yang cukup indah untuk hambaNya mendekatkan diri kepadaNya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan