Khamis, 22 Julai 2010

Siapakah yang dimaksudkan dengan golongan yang selamat ( Al-Firqah Annajiah ) ?

Sudah menjadi kehendak Allah , bahawa setiap umat dari seorang Rasul akan mengalami perpecahan sebagaimana terjadi kepada umat Nabi Isa , umat nabi Musa dan umat-umat Nabi-Nabi yang lain.Tidak terkecuali kepada umat Nabi muhammad SAW , perpecahan tersebut tidak dapat dielakkan . Perpecahan-perpecahan tersebut tidak lain bersumber dari perbezaan - perbezaan pendapat yang membuatkan satu sama lain merasakan merekalah yang berada dalam kebenaran. Akibatnya terjadilah penyimpangan-penyimpangan dari ajaran Rasul-Rasul yang sebenarnya membuatkan mereka tersesat ke jalan yang tidak dibenarkan oleh Allah SWT .

Demikian pula apa yang terjadi kepada umat Muhammad, sehingga timbullah aliran-aliran atau aqidah-aqidah yang bila dipelajari betul-betul akan terlihat penyimpangan-penyimpangan dari ajaran Rasulullah SAW yang sebenarnya yang saat itu diikuti dan dikerjakan oleh para sahabat. Walau apapun yang terjadi, sesuatu yang hak (benar) itu akan tetap hak dan yang batil akan kelihatan . Sebab sebagaimana kita ketahui,bahawa agama Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW itu untuk seluruh manusia sehingga hari kiamat. Oleh kerana itu ajaran Islam yang murni tetap terjaga dan selalu diikuti oleh satu golongan yang tidak sesat , yang menjaga agama Islam dari orang-orang yang tidak bertanggungjawab yang dikenali sebagai Alfirqah Annajiyah (golongan yang selamat yang akan masuk syurga).

Mengenai akan berpecah belahnya umat Muhammad SAW , Rasulullah bersabda :

"Kaum Yahudi telah berpecah kepada tujuh puluh satu golongan , kaum Nasrani telah berpecah kepada tujuh puluh dua golongan , sementara umatku akan berpecah kepada tujuh puluh tiga golongan. Kesemuanya akan masuk neraka , kecuali satu golongan sahaja yang selamat . "
(Hadis riwayat Abu Daud,Tirmizi ,Ibnu Majah ,Al-Hakim dan Ahmad)

Kemudian ketika Rasulullah SAW ditanya mengenai Alfirqah Annajiah (golongan yang selamat dan akan masuk syurga) beliau menjawab :" Mereka adalah golongan yang mengikuti apa-apa yang aku kerjakan bersama Sahabat-Sahabatku."

Persoalannya disini ? Apabila kita dalam kebingungan dalam menentukan golongan tersebut , maka Rasulullah SAW memberikan petunjuk (tanda-tanda ) agar kita memilih Assawaadul A`dhom (golongan yang terbanyak ) sebagai tanda dari golongan Alfirqah Annajiyah (yang selamat ) .

Dalam hal ini ulamak terutamanya ulamak Ahlul Bait , seperti Al Habib Abdullah Al-Haddad dalam kitabnya Annashoih Addiniyyah memberikan keterangan : bahawa sejak dahulu sampai sekarang golongan Ahlussunnah Wal Jamaah adalah golongan yang terbanyak . Sehingga tidak diragukan lagi bahawa golongan Ahlussunnah Wal Jamaah adalah Alfirqah Annajiah (golongan yang selamat dan masuk syurga).

Demikian petunjuk Rasulullah SAW pada kita agar kita termasuk dalam Alfirqah Annajiah.Disamping itu kita kena waspada dan tidak termasuk dalam tujuh puluh dua golongan yang akan masuk neraka .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan