Jumaat, 14 Mei 2010

Tazkirah kisah kejadian manusia berdasarkan tafsir surah Al-alaq


Pada tanggal 13.05.2010 di Surau Ma`had Adda`wah Al- Islamiyyah Ustaz Subri mengajak seluruh jamaah yang hadir supaya membaca bersama-sama surah al-alaq serta meneliti tafsiran surah tersebut. Surah ini jelas menceritakan tentang kejadian manusia dari setitis air yang hina (air mani ) sehinggalah menjadi manusia yang sempurna kejadiannya. Kemudian Allah mengajar manusia melalui perantaraan pena dan membuka pintu ilmu sedikit demi sedikit. Maka manusia tidak boleh sombong terhadap Allah dengan melanggar perintahnya kerana Allah telah mencipta mereka dari setitis air yang hina. Hayati Tazkirah yang menarik ini .......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan