Isnin, 29 Mac 2010

Umrah & Ziarah

Pada hari ini saya meninggalkan bumi Malaysia tercinta untuk mengerjakan ibadat Umrah dan ziarah ke Makam Rasulullah di Madinah Munawwarah. Pemergian saya kali ini diiringi oleh isteri saya dan 30 orang anggota jemaah . Saya cukup terharu untuk meninggalkan bumi Malaysia kerana terpaksa membatalkan program ceramah lebih-lebih lagi program bacaan yasin setiap hari khamis malam Jumaat di Surau Ma`had Ad`da`wah . Walau apa pun pemergian saya ke sana untuk tajdid iman dan menyuburkan rasa cinta kepada Rasulullah disamping mengerjakan ibadat umrah sunat. Insya Allah saya akan membawa sesuatu yang berharga dari sana untuk melanjutkan misi dakwah selepas ini. Sepanjang pemergian saya , segala urusan berkaitan Ma`had dan program dakwah , saya serahkan kepada Ustaz Muhammad Hilmi bin Hj Ahmad untuk diuruskan. Jika terdapat sebarang urusan @ pertanyaan bolehlah berhubung terus dengan ustaz Muhammad Hilmi di no 019-4776724 .
Saya akan kembali ke Malaysia pada 10-4-2010 . Layari www.tadikatahfizfitrah.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan