Ahad, 27 Jun 2010

Majlis Khatam Al-Quran dan Tahlil Untuk yang telah meninggal

Pihak Ma'had Ad Da'wah Al Islamiyyah akan mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Tahlil untuk arwah-arwah yang telah meninggal dunia. oleh itu di alu-alukan kepada semua rakyat Malaysia untuk menyertai program ini. Untuk sesiapa yang berminat untuk menyertai program ini, anda boleh mencetak bahagian borang di bawah, diisikan dan di poskan kepada pihak ma'had di alamat di bawah :

MA'HAD ADDA'WAH AL ISLAMIYYAH,
441 PADANG MENORA, 13310 TASEK GELUGOR,
SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG, MALAYSIA

Pihak Ma'had tidak menetapkan sebarang bayaran. Terpulanglah kepada Muslimin dan Muslimat untuk menyumbangkan seikhlas yang mungkin kepada anak-anak Ma'had. Setiap penyertaan dialu-alukan memberi sumbangan ikhlas sama ada secara tunai, wang pos atau cek. Sumbangan melalui cek atau wang pos ditulis atas nama : Subri Bin Md. Arshad

Sebarang pertanyaan sila hubungi pihak pengurusan :
Ust Hj. Subri H. Md Arshad : 04-573 1062 / 019-429 6690 @
Ust Muhammad Hilmi Bin Ahmad : 019-477 6724

Pelancaran Buku Zikir Harian

Pada hari Khamis, 25 Jun 2010 yang lalu,Phak Ma'had Adda'wah Al Islamiyyah telah membuat pelancaran Risalah Da'wah Ma'had yang terkini iaitu sebuah buku kecil bertajuk "Zkir Harian". Buku ini mengandungi zikir-zikir harian yang telah di tunjuk-ajarkan kepada umat Islam oleh Ulama' Besar Imam Al-Ghazali melalui kitabnya yang berjudul "Al-Ihya' Ulumuddin" hampir seribu tahun yang lalu. Dapatkan buku kecil ini secara percuma melalui skuad Ma'had (selalunya diketuai oleh En Encik Ahmad Nasir Bin Abdul Hamid @ Pak Long Nasir) atau pun boleh berkunjung sendiri ke Ma'had Adda'wah Al Islamiyyah.

Tafsir Surah Al-'Asr

Alhamdulillah, sekali lagi Ust Hj Subri dapat bersama-sama dengan pelajar Ma'had sebelum beliau bertolak menunaikan ibadah umrah bersama-sama dengan rombongan beliau seramai 30 orang pada 30 Jun ini.

Kuliah subuh pada kali ini banyak menekankan mengenai kepentingan masa. Sama-samalah kita hayati Kuliah Subuh yang telah disampaikan pada 27 Jun 2010m selepas menunaikan solat Subuh ini.









Selasa, 22 Jun 2010

tafsir surah al isra',ayat 1

kuliah subuh ini telah disampaikan oleh Ustaz Haji Subri bin Haji Md Arshad pada hari isnin, 21 JUN 2010. Kuliah ini berkisar mengenai perjalanan isra' dan mikraj Nabi Muhammad S.A.W, sifat-sifat yang patut ada pada seseorang yang berilmu
















Sabtu, 19 Jun 2010

Kenangan bersama Tuan Guru di Dun Chempaka


Setelah selesai program ceramah bersama-sama Tuan Guru

Khamis, 17 Jun 2010

tazkirah ringkas-doa rejab

Disampaikan selepas majlis bacaan yasin pada Khamis, 17 Jun 2010 bersamaan 4 Rejab 1431





Kuliah Umumi Mingguan Di Ma'had Da'wah Al-Islamiyyah

POSTER umumi copy

Suasana di Ma'had Banin

Suasana ini adalah termasuk di dalam rutin harian anak-anak pelajar Ma'had Adda'wah Al Islamiyyah Lil Banin (Putera) .Ma'had ini telah mencapai usia 11 tahun beroperasi di Padang Menora, Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulalu Pinang yang mana mudir Ma'had adalah pengasa Ma'had ini sendiri iaitu Syeikhul Ma'had Ustaz Hj Subri Bin Hj Md Arshad. Ma'had ini sentiasa dalam proses penambahbaikan dari segi pentadbiran, akademik, kepimpinan serta sahsiah pelajar.

Video ini adalah suasana ketika 40 minit menjelang maghrib. Para pelajar akang menggunakan masa ini untuk menyiapkan kerja sekolah, mengulang @ memperbaiki bacaan quran, menyiapkan urusan pentadbiran di kalangan pelajar serta bermuzakarah.

Majlis Bacaan Yasin, Tazkirah Ringkas


Isnin, 14 Jun 2010

Khutbah Jumaat Masjid Al-Huda Kilang Lama Kulim Kedah

Khutbah ini masih lagi menyentuh masalah Judi dan perjuang rakyat palestine .





maaf atas kelewatan memasukkan kesemua video. Pihak Unit It mengalami beberapa masalah teknologi - Unit It Ma'had-

Selasa, 8 Jun 2010

Rehlah Ma'had Banat ke Kelantan

Di bawah ini adalah sebahagian gambar rehlah ke Kelantan baru-baru ini. Masih terdapat sebahagian yang belum di letakkan. Sabar ye..







Jumaat, 4 Jun 2010

khutbah- Kehancuran Umat Kerana Judi

disampaikan oleh Ustaz Hj Subri bin Hj Md Arshad pada 05 Ju 2010 di Padang Menora, qaryah beliau. Khutbah ini berkisar mengenai kehancuran umat manusia akibat daripada judi.







maaf kerana lewat di siarkan..-Unit IT Ma'had_

Tazkirah Ringkas - Judi itu Haram

Islam secara jelas mengharamkan Judi . Tidak ada keadah dalam Islam yang boleh menghalalkan judi . Perbuatan judi adalah najis dan dari perbuatan syaitan.
يَٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا ٱلْخَمْرُ وَٱلْمَيْسِرُ وَٱلأَنصَابُ وَٱلأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ ٱلشَّيْطَانِ فَٱجْتَنِبُوهُ
لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (al-Maaidah: 90)
Ikuti kupasan yang jelas tentang masalah judi melalui tazkirah ringkas ini. Mudah-mudahan muslim dan muslimat mendapat suluhan minda dari tazkiran dan ceramah ustaz Hj Subri.




Khamis, 3 Jun 2010

Program membaca AL-Quran , Tahlil dan Zikir


Sempena menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak pihak Ma`had akan mengeluarkan borang penyertaan majlis bacaan Al-Quran , Tahlil dan zikir untuk arwah muslimin & muslimat yang telah meninggal dunia . Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai program tersebut bolehlah mendapatkan borang tersebut terus di Mahad Adda`wah atau menghubungi talian seperti yang tertera dalam iklan tersebut.

Rabu, 2 Jun 2010

IKLAN KHUTBAH JUMAAT


Esok Jumaat 4.6.2010 Ustaz Hj Subri bin Hj Arshad akan menyampaikan khutbah di Masjid Padang Menora berhampiran dengan Ma`had Adda`wah Al-Islamiyyah lelaki. Muslimin dijemput hadir beramai-ramai untuk mendengar khutbah tersebut kerana ustaz Hj Subri dijangka akan mengulas isu terbaru di Gaza . Bagaimana sikap kita terhadap tindakan Israil yang zalim tersebut.... Bagi yang tidak berkesempatan mendengar Khutbah tersebut bolehlah melayari laman blog ini kerana khutbah esok akan dirakam dan dimuatkan ke dalam you tube .