
Pertama, cara mendapatkan nikmat itu mesti betul-betul menepati syariat. Nikmat itu didapati dengan cara yang halal dan bukan cara yang haram. Nikmat itu bukan didapati dengan cara mencuri, merampas atau menipu. Nikmat itu didapati dengan cara yang baik dan berhikmah. Nikmat itu didapati atas dasar ada keredhaan daripada orang yang memberinya. Kalau nikmat harta, didapati dengan jalan jual beli yang sah. Kalau nikmat ilmu, didapati dengan cara belajar dengan guru. Bagi orang warak, mereka sangat berhati-hati dalam mengambil nikmat ini. Malah yang halal kalau tidak jelas halalnya, mereka tidak ambil. Mereka ini orang yang sangat takut dengan Tuhan sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah: “Tidaklah dinamakan taqwa itu sehingga seseorang itu meninggalkan sesuatu yang tidak salah kerana takut terjebak kepada hal-hal yang salah.”



Ketiga, nikmat yang kita dapat itu, hendaklah digunakan mengikut kehendak Tuhan. Di sini kena ada ilmu, jika tidak, kita tidak faham mana satu kehendak Tuhan, mana satu kehendak nafsu kita. Malah perlu juga ada pimpinan agar kita sentiasa terpimpin kepada Tuhan. Nikmat harta yang banyak yang kita dapat contohnya, sepatutnya kita ambil mana yang perlu sahaja. Yang lebihnya, sudah bukan keperluan, maka kita kembalikan kepada Tuhan. Kita berikan pada fakir miskin atau gunakannya untuk projek membangunkan keperluan umat Islam. Kemudian, dalam menggunakan nikmat itu Tuhan sudah mengingatkan kita supaya tidak membazir kerana orang yang membazir itu adalah kawan syaitan. Selain itu, apapun harta yang kita ada, bila cukup syaratnya untuk berzakat, hendaklah kita tunaikan kewajiban tersebut. Contoh lain, nikmat ilmu, janganlah kita gunakan untuk tujuan cari makan. Atau kita gunakan ilmu itu untuk tujuan bermegah-megah dan mencari glamour. Ini sudah tidak menepati kehendak Tuhan.
Menjadi harapan saya seluruh umat Islam yang mengenali saya atau tidak dapat membantu menyalurkan dana untuk membantu saya membangunkan projek-projek untuk umat Islam terutamanya untuk menyelesaikan pembayaran harga tanah yang berbaki sebelum tempohnya untuk menjadikan tanah tersebut sebagai tanah wakaf milik umat Islam . Untuk sebarang sumbangan bagi membantu menjelaskan bayaran yang berbaki dan untuk kerja-kerja membangunkan tanah tersebut bolehlah dimasukkan ke akaun ma'had iaitu:
BANK ISLAM
Nama : Ma`had Adda`wah Al-Islamiyyah
No Akaun : 07-016-02-034277-3
atau melalui cek di atas nama :
Ma`had Adda`wah Al-Islamiyyah
Di mana Bumi Yang anda pijak anda bertanggungjawab terhadap agama ini.Bantulah mereka yang membantu agama Allah , anda pasti dibantu Allah.
Anda mungkin juga meminati:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan